Sunday, June 7, 2015

10 Cara Semulajadi Untuk Mendapat Anak Kembar

Sebenarnya sudah lama saya membaca mengenai kaedah untuk mendapatkan anak kembar SELEPAS saya sendiri disahkan hamil anak kembar saya.

SELEPAS tau, bukan sebelum.

Walaupun sebenarnya saya memang ada cita-cita mahukan anak kembar. Jiran pun kembar, junior sekolah, rakan sekelas pun kembar hatta kawan seuniversiti pun kembar. Mana ahkak tak teruja cek oii. Tapi, ketika di universiti, saya belajar satu perkara, anak kembar ini sebenarnya tidak suka apabila orang lain memandang mereka sebagai kembar, bukan sebagai individu.


Apabila saya sendiri mempunyai anak kembar, dan walaupun anak-anak saya sedang dalam fasa belajar bercakap, I can see it well. Saya sendiri pun tidak suka orang lain overly excited dengan anak kembar saya.

Hanya yang mengalami sahaja akan memahami kan?

Kami, ibu ayah si kembar, selalu sahaja ditujah dengan Frequently Asked Question (FAQ),

‘Ada petua tak nak dapat anak kembar?’


I always tried my best to smile and not to roll my eyes…………with difficulty.

Sebab itu akhirnya, saya menulis entri Petua anak kembar dan Keluarga si kembar dan falsafah kerjasama.

Dan kali ini, saya kongsikan 10 cara semulajadi yang memungkinkan peluang untuk mengandungkan si kembar. Ia tidak semestinya sesuai untuk semua orang ye.

1.  Pengambilan Folat dengan konsisten

Ada kajian yang dilakukan menunjukkan wanita yang mempunyai kandungan folat tinggi dalam badan (atau mengambil folat dalam pemakanan/supplemen) akan meningkatkan 40%  peluang kehamilan kembar. Akan tetapi ada juga kajian yang menunjukkan sebaliknya.

Namun untuk anda, wanita yang sedang berusaha untuk hamil, sangat digalakkan untuk konsisten dalam pengambilan folat. Ia dapat mengelakkan neural tube defects dan membantu menstabilkan hormon wanita.

2.  Pengambilan produk tenusu

Kajian menunjukkan wanita yang mengambil produk tenusu yang banyak di dalam diet mereka adalah lebih berpeluang hamil anak kembar. Ini disebabkan oleh Insulin-like Growth Factor (IGF) dalam lembu dan mungkin beberapa hormon yang terlebih dahulu disuntik kepada lembu-lembu ini.

Saya memang peminum tegar susu dan pemakan produk tenusu. Akan tetapi saya lebih sukakan yang segar dan minum susu lembu (juga susu kambing) yang organik.

3.  Umur yang meningkat

Wanita yang lebih dewasa (berumur, tapi tidaklah sampai umur putus haid tu), lebih berpeluang untuk hamil anak kembar. Saya pernah membaca, umur 30 tahun ke atas adalah sangat cerah peluang untuk mendapat anak kembar.

Wanita yang lebih dewasa akan menghasilkan hormone peransang folikel (FSH) yang lebih tinggi jumlah yang meningkatkan penghasilan ovum lebih dari satu. Akan tetapi, kadar kesuburan akan turut sama turun dengan meningkatnya umur. Jadi janganlah tunggu lama sangat untuk mengandung semata-mata untuk mendapat anak kembar.Nanti jangankan anak kembar, nak hamil seorang pun belum tentu apabila umur sudah jauh meningkat.


4.  Hyperovulation

Apabila dua atau lebih ovum (telur) dikeluarkan ketika ovulasi berlaku. Ini boleh berlaku kerana genetik, putus haid, umur, mengambil ubi cassava dan pelbagai sebab hormon lain.

5.  Genetik keluarga

Ia sebenarnya lebih kepada genetik di sebelah ibu.  Jika keluarga sebelah ibu mempunyai sejarah kehamilan dan kelahiran anak kembar , maka peluang ibu itu untuk hamil anak kembar adalah lebih tinggi.

Ini adalah kerana hyperovulation genetic. Pastilah ibu yang akan mengalami ovulasi, bukan ayah kan? Maka genetik ini diwarisi dari keturunan sebelah ibu.

6.  Ketinggian

Wanita yang memiliki ketinggian dan julat berat badan sederhana atau lebih mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk hamil kembar. Selain itu, peluang akan lebih tinggi jika ibu itu seorang yang aktif bersenam.

Salah seorang kawan saya yang juga mempunyai anak kembar memang jatuh dalam kategori ini. Ibu cantik itu memang tinggi betul. Saya yang melompat apabila mengetahui beliau mengandungkan si kembar. Okey, saya memang over, most of the times.

7.  Penyusuan Susu Ibu

Jika anda masih menyusukan bayi anda sehinggalah hamil, dan meneruskan penyusuan tersebut, kajian ada menunjukkan kemungkinan untuk mendapat anak kembar lebih tinggi.

Ketika saya mengandungkan adik si kembar, saya masih lagi menyusukan si kembar. Namun, saya tidak termasuk dalam kategori ini.

8.  Jumlah anak yang ramai

Semakin tinggi jumlah anak anda, maka semakin tinggi peluang untuk anda hamil dengan anak kembar. Sebab itu, jika anda perasa, anak kembar ini selalunya anak ketiga, keempat atau pun bongsu. Jarang anak kembar yang sulung.

Tetapi saya dan beberapa kawan yang lain direzekikan Allah dengan kelahiran anak kembar sebagai our first born. Ada juga yang dua dan tiga kali dianugerahkan kembar. Hebat sungguh kuasa Allah kan?

9.  Pengambilan Magnesium / Kalsium

Saya tidak berjumpa link berkaitan ini, tetapi saya ada membaca pengambilan kalsium boleh menaikkan peluang untuk hamil kembar. Ini juga mungkin berkait rapat dengan pengambilan produk tenusu seperti yang saya nyatakan di atas. Sebab produk tenusu memang kaya dengan kalsium dan magnesium.  Akan tetapi janganlah sampai overdose pula.

10.  Percubaan untuk hamil selepas berhenti merancang kehamilan

Jika anda dalam fasa merancang kehamilan, anda boleh juga cepat-cepat berusaha untuk hamil selepas sahaja perancangan kehamilan dihentikan. Ketika ini badan dalam fasa menstabilkan hormone dan mengambil masa untuk sesuaikan sistem badan dengan perubahan setelah perancangan kehamilan dihentikan. Ini boleh meningkatkan tahap hormon dan peluang ovum yang lebih dihasilkan ketika ovulasi berlaku.

Kita hanya mampu berusaha. Allah juga yang memungkinkan kehamilan kembar itu terjadi sebenarnya. Dan kehamilan kembar juga datang dengan risiko yang pelbagai, begitu juga dengan selepas kelahiran mereka.

Jadi jika begitu inginkan anak kembar, anda perlu bersedia dari segi fizikal dan mental. Perlu banyak belajar mengenai kehamilan, penyusuan dan penjagaan mereka.

Tanggungjawab berkali ganda lebih dari anak yang bukan kembar.

Moga Allah mudahkan.

info:
http://www.justmommies.com/
http://trimestertalk.com/

sumber http://qiderfirdaus.com/

0 comments:

Post a Comment