Saturday, June 6, 2015

Kematian Tragis Akibat Mempersendakan Tuhan..


1. Presiden Brazil, Tancredo Neves

Sewaktu kempen pilihanraya di Brazil diadakan, Tancredo Neves dengan riak berucap di hadapan rakyatnya bahawa sekiranya beliau memenangi jawatan Presiden Brazil melebihi 500,000 undian, tidak ada siapapun mampu menggoyangkan karier politiknya termasuk Tuhan..

Ternyata, nasib menyebelahi Neves kerana beliau benar-benar telah mendapat sokongan melebihi 500,000 undian...

Namun, sehari sebelum Neves dilantik secara rasmi sebagai pemimpin nombor satu Brazil, beliau akhirnya mati akibat komplikasi pembedahan yang dijalani beberapa hari sebelum tarikh perlantikan itu...


2. John Lennon (The Beatles)


Siapa yang tidak mengenali kumpulan The Beatles. Pada era 60-an, kumpulan ini menjadi fenomena seluruh dunia. Malah, salah seorang ahli The Beatles iaitu John Lennon antara yang menjadi kegilaan ramai wanita ketika itu...

Sewaktu ditemuramah oleh media antarabangsa beberapa tahun sebelum itu, Lennon berkata: -

“Saya dan The Beatles lebih terkenal berbanding Tuhan. Kita tengok siapa dulu yang tenggelam, sama ada Tuhan dengan ajarannya ataupun The Beatles dengan aliran Rock n Rollnya.”

Kenyataan itu telah mengundang kemarahan peminatnya dan mengadakan satu demonstrasi memijak serta membakar piring hitam serta poster The Beatles. Akhirnya pada tahun 1970, The Beatles telah berpecah dan tenggelam...

Pada 8 Disember 1980, John Lennon telah ditembak oleh salah seorang peminat fanatiknya di hadapan rumah beliau sendiri dan mati serta merta...


3. Marilyn Monroe (Selebriti Hollywood)


Hidup wanita cantik ini begitu sempurna kerana mempunyai kekayaan luar biasa dan terkenal diseluruh dunia... Namun, siapa tahu disebalik semua itu, Monroe menyimpan seribu duka dalam kehidupan peribadinya...

Sewaktu Monroe sedang melakukan pengambaran, beliau didatangi seorang lelaki bernama Billy Graham yang mengatakan satu petanda tidak baik daripada Tuhan...

Monroe yang ketika itu dikhabarkan sedang bercinta dengan Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy tidak menerima nasihat daripada Graham dan, dengan angkuh pelakon itu menegaskan bahawa beliau tidak memerlukan Tuhan...

Seminggu kemudian, beliau ditemui mati di dalam bilik tidurnya. Muncul pelbagai teori mengenai kematian beliau. Ada yang mengatakan dia dibunuh kerana konspirasi politik dan akhirnya, teori yang diakui sehingga kini adalah kerana mati akibat bunuh diri...


4. Thomas Andrews (Pencipta Kapal Pelayaran Titanic)


Ilham mencipta sebuah kapal yang dianggap lagenda sepanjang zaman iaitu ‘Titanic’ merupakan kepunyaan Thomas Andrews. Malah, Titanic merupakan salah sebuah kapal terbesar dan tercanggih di dunia...

Saat diwawancara mengenai kecanggihan dan tempoh Titanic mampu berlayar di Lautan Antlantik, Thomas menyatakan: ‘Tuhan tidak mampu menenggelamkannya’...


Pada 10 April 1912, Titanic telah memulakan pelayarannya yang pertama dari Amerika Syarikat ke Eropah. Satu tragedi tidak disangka berlaku selepas empat hari kapal itu berlayar di Lautan Antlantik. Titanic telah melanggar bongkah ais besar lalu tenggelam perlahan-lahan ke dasar Lautan Atlantik Utara yang mengorbankan 1517 orang dan hanya 706 orang sahaja terselamat...


5. Bon Scott (bekas vokalis AC/DC)


Beliau merupakan penyanyi rock Australia yang dilahirkan pada 9 Julai 1946. Scott melalui zaman kegemilangannya bersama kumpulan AC/DC sejak tahun 1974 menggantikan Dave Evans sebagai vokalis kumpulan itu...

Pada tahun 1979, AC/DC telah muncul dengan sebuah album baru dan salah lagu yang disampaikan oleh Scott berbunyi :-

“Jangan hentikan saya. Saya sedang asyik berjalan ke neraka.”

Setahun kemudian, Scott ditemui mati pada 19 Februari 1980 kerana tersedak oleh muntahnya sendiri akibat keracunan alkohol. Lima bulan selepas kematiannya, AC/DC telah menerbitkan album bertajuk ‘Back In Black’ sebagai menghormati pemergian vokalis mereka...


Begitulah episod kematian nama-nama terkemuka di dunia. Manusia hanya boleh membuat teori sahaja tetapi hanya Tuhan sahaja yang mengetahui sebab sebenar kematian mereka semua...

Mungkin ianya juga suatu kebetulan mereka menemui ajal selepas membuat kenyataan yang seolah-olah menghina Tuhan...


Sumber : http://penpatah.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment