Mahu tergelak pun ada ketika baca berita pelik ini tetapi itulah kenyataan yang benar-benar berlaku di Kelantan. Siapa kata kambing suka makan rumput saja?
Kambing yang diberin nama Wahab ini tidak makan rumput tetapi lebih suka makan nasi dan juga sangat sukakan gula-gula. Wahab nama dia, jangan main-main.
Penternak, Hamidah Abdullah yang berusia 60 tahu berkata, dia memelihara Wahab sejak ibu kambing berkenaan mati dilanggar motosikal.
Kemudian pada mulanya Wahab diberi minum susu bayi dan selepas beberapa bulan, Wahab mula menggemari makanan kucing..
“Saya pun pelik kerana selepas jemu dengan makanan kucing, dia beralih kepada nasi berlauk gulai ayam dan enggan makan rumput seperti kambing lain.
“Teh sejuk pula minuman kegemarannya, malah dia gemar makan gula-gula dan aiskrim,” katanya.
Hamidah berkata, kerana terlalu sayangkan kambing itu dia enggan menjualnya walaupun diletakkan dengan harga yang tinggi. Ini kerana katanya, setahun memelihara Wahab, umpama menjaga ahli keluarga sendiri.
Setiap petang Hamidah berkata, Wahab akan bermain bola sepak dan lumba lari bersama anak-anak jiran.
“Dia mungkin tak tahu bermain tetapi dia pandai kejar bola dan kanak-kanak yang berada di depannya, umpama mahu beradu tenaga.
“Namun dia tidak pernah menyerang atau mencederakan kanak-kanak di sini,” katanya.
Jujurnya masa baca kisah ini kami tidak boleh berhenti ketawa. Wahab umpama kucing tetapi kadang-kadang dia boleh lari dan main bola pula. Apa-apa pun ini merupakan satu keajaiban yang jarang berlaku. Harap-harap selepas ini, kita dapat dengar Wahab mampu bawa kereta pula.
sumber; http://terbakor.com/
0 comments:
Post a Comment