Air Kelapa – Dikatakan air kelapa berkhasiat untuk mengelakkan kedut di wajah. Setiap 2 atau 3 hari (lebih elok lagi kalau dapat diamalkan setiap hari) cuba amalkan membasuh muka dengan air kelapa. Cara ini juga dikatakan mampu melambatkan penuaan dengan mengelakkan wajah anda cepat kerepot.
Jika ada masa lapang (kalau tiada, lapangkan juga), contohnya pada hujung minggu atau hari cuti, perelokkan lagi dengan amalan ini. Simpan air kelapa selama satu malam. Esoknya, sapukan air kelapa tersebut ke wajah anda sambil berselawat biarkan selama lebih kurang sejam, barulah dibilas dengan air bersih. Wajah akan tampak lebih berseri.
Kayu manis – Seperti namanya, herba ajaib ini menurut petua orang lama, boleh melambatkan proses penuaan dan anda tampak lebih ‘manis’ dipandang orang.
Bagaimana caranya? Sediakan 1 sudu serbuk kayu manis, 4 sudu madu (pastikan yang asli) dan 3 cawan air. Rebus bahan-bahan tersebut hingga mendidih. Amalkan minum air rebusan itu setengah cawan pada setiap hari. Minumlah sebanyak 3 kali sehari, sebaiknya selepas makan. Air rebusan itu dikatakan dapat menyegarkan dan memberi tenaga baru kepada tubuh. Ia juga melembutkan kulit dan melambatkan proses penuaan.
Petua Awet Muda Cara Islam
Berikut diturunkan beberapa cara untuk kekal awet muda cara Islam. Semestinya mudah & selamat.
- Urut wajah – Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini
- Tapak tangan – Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
- Surah Yusuf – setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.
- surah Al-Waqiah – Hafalkan ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Petua Awet Muda Cara Moden
- Produk penjagaan kulit – Buang semua produk kecantikan yang tidak digunakan enam bulan lalu dan dapatkan produk penjagaan kulit yang benar-benar ingin digunakan setiap hari.
- Air – Minum 8 gelas air putih setiap hari.
- Senaman – Lakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu anda mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri.
- Buah-buahan – Pastikan kulit anda mendapat ‘makanan’ terbaik menerusi khasiat buah-buahan segar.
- Pelembab – Pakai pelembap wajah setiap hari. Pilih pelembap yang bebas minyak.
- Tenang – Elakan kemarahan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.
- Rehatkan kulit – Jangan sentiasa mengenakan solekan. Biar kulit berehat seketika.
- Sebelum tidur – Jangan terus tidur tanpa menanggalkan mekap terlebih dahulu.
- Elak makanan ringan – Berhenti pengambilan makanan ringan kerana ia boleh merosakkan kulit anda.
- Pengambilan vitamin – Makanan tambahan seperti vitamin amat penting untuk kesihatan kulit anda. Walaupun begitu, tidak bermakna jika anda tidak mengamalkan makan harian yang berkhasiat.
- Tidur kena cukup – Pastikan anda tidur cukup iaitu 8 jam sehari.
sumber:http://keajaibanpenjimatan.com/
0 comments:
Post a Comment